|
|
Berkenaan
Diri Saya

Diri saya
Jika anda belum meneka, Putera Software hanya seorang sahaja: Saya Muhammad Fadly (nama penuh). berumur 23 tahun,
dan saya bekerja sebagai pengaturcara di sebuah syarikat swasta.
Saya kini sedang bekerja di sebuah syarikat yang
membangunkan sistem. Saya bermula karier saya sebagai
Pentadbir sistem dan kini cuba untuk membangunkan diri saya untuk
menjadi seorang Jurutera Sistem.
Saya adalah peminat buku, muzik, wayang gambar, dan juga suka
membincangkan isu-isu yang menarik.
Itu sahaja secara ringkas mengenai saya.
Tentang Putera Software
Putera Software ialah sebuah syarikat tempatan yang membangunkan perisian berkualiti tinggi dan disasarkan
kepada
professional IT. Kebanyakan perisian yang dibangunkan ialah untuk
membantu Pentadbir network dan Jurutera bagi memudahkan mereka mengawal, mengurus,
dan
melindungi network mereka.
Sejarah Putera Software
Putera Software diilhamkan oleh saya sewaktu saya ingin
mengedarkan NAT 2.0
dibawah satu nama yang rasmi. Saya menyenaraikan beberapa nama
syarikat yang berpotensi, dan salah satu nama yang menarik minat
saya ialah Putera.com. Malangnya nama tersebut telah didaftarkan.
Pada bulan Mac tahun 2003 saya bercita-cita untuk mendapatkan
lesen di bawah nama Putera Software, dan kini ia telah menjadi
kenyataan dan sehingga kini ia adalah satu satunya syarikat perisian
hak milik anak melayu.
Falsafah Putera Software
Satu masalah besar dengan pengaturcaraan di Malaysia ialah bagaimana untuk
menghubungkan pengaturcara dengan wang. Saya banyak
memikirkan tentang ini,
kerana saya memerlukan wang untuk membuat program.
Saya mengaturcara kerana minat yang mendalam. Saya tidak kisah
jika saya tidak mendapat duit hasil program yang saya buat. Ianya
satu saat yang manis, tetapi ia akan lebih manis lagi jika saya
mendapat cek di dalam mailbox saya setiap bulan bagi membayar sewa rumah,
perbelanjaan, juga untuk simpanan. Serius saya katakan, jika ada
pihak yang sanggup membantu untuk menampung perbelanjaan sebanyak
US 40,000 setahun untuk menjadikan Putera Software sebagai percuma
atau freeware (sekalipun Open Source), saya sanggup melakukannya
sepertimana saya sanggup mengambil masa untuk memilih nama
syarikat sendiri.
Malangnya, setakat ini masih belum ada pihak yang sanggup membantu,
jadi saya memilih jalan untuk membayar bil elektrik dan sewa
rumah.
Misi Putera Software
Arah tuju Putera
Software ialah untuk memberikan khidmat terbaik dalam keselamatan
komputer khususnya di Malaysia atau di mana sahaja di dunia.
Penghargaan
Kepada gf - yg banyak mendorong & memahami, I love you.
Kepada semua rakan-rakan seperjuangan
Kepada semua yang pernah terlibat secara langsung/tidak langsung.
Terima kasih daun keladi.
yang benar,

|